Thursday, 4 December 2014

Pewarna asli yang digunakan sebagai sample untuk mencelup rotan dan benang.


Contoh pewarna asli yang kedua digunakan untuk mencelup rotan dan benang.


PENGENALAN

     Anyaman merupakan merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun, dalam buku Reka Bentuk Kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan penggunaan anyaman digunakan oleh Raja. Anyaman tersebut dipanggil 'tikar raja' yang diperbuat daripada pohon bemban.
     Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung antaranya, di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman adalah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.


Bingkai dihasilkan terlebih dahulu sebelum proses menganyam di jalankan.

Selepas bingkai siap proses anyaman dijalankan, bingkai penting supaya anyaman tidak longgar.

Anyaman rotan dianyam tanpa menggunakan bingkai kerana rotan agak keras sedikit.

Lakaran teknik anyaman yang ingin diaplikasikan dalam projek tahun akhir


Teknik sambung bertindih pintal tiga.

Teknik sambung bertindih pintal dua.








Wednesday, 3 December 2014



Contoh produk yang akan dihasilkan pada cipta nanti berdasarkan tajuk kajian iaitu anyaman rotan dan benang.

Contoh produk kedua yang akan dihasilkan iaitu tas tangan kerana ianya sangat popular pada masa kini.

Contoh produk ketiga iaitu tas tangan yang menngunakan rotan yang akan dihasilkan nanti.

Monday, 24 November 2014

Rotan yang belum diproses dan baru sahaja diperolehi daripada pengusaha rotan.

Rotan yang sudah diproses dan boleh dianyam mengikut teknik anyaman yang dipilih, rotan tersebut dilurut terlebih dahulu.

Contoh benang yang dipilih untuk digabungkan bersama rotan, saiz benang tersebut agak tebal .

Sunday, 2 November 2014

3 NOVEMBER 2014 - Menghantar tesis dari bab 1- 3. Pada minggu ini juga eksperimen akan dijalankan berkaitan tajuk yang dikaji iaitu gabungan anyaman rotan dan benang serta mengkaji teknik - teknik yang akan digunakan pada anyaman nanti.

Friday, 24 October 2014

Mendapatkan maklumat daripada buku rujukan yang berkaitan.

Rujukan berdasarkan buku tekstil.

Buku tekstil dan fesyen.
20 September 2014- mencari bahan dan maklumat tentang kajian yang dijalankan...

17 September 2014- sesi pembentangan dijalankan bersama pensyarah mengenai tajuk kajian projek tahun akhir tentang tajuk yang dipilih iaitu menggabungkan anyaman rotan dan benang dalam penghasilan tekstil.
TAJUK DITERIMA!!!!!!!!!!!!